Wednesday 26 October 2011

SIAPA SEBENARNYA MUAMMAR GADDAFI?

BILA Gaddafi jatuh dan dibunuh secara tidak wajar, maka kita segera menyatakan itu tidak sepatutnya dilakukan dan kelihatannya manusia semakin tidak bertamadun dalam menghukum sesuatu. Nyatanya kita cukup sedih dan sukar menerima kematiannya sedemikian, apa lagi sebelum ini beliau dihina begitu rupa, padahal pada suatu ketika dia antara pemimpin arab yang cukup lantang menentang Barat terutamanya Amerika dan yahudi, atas sebab kelantangan itulah kuasa barat berusaha menjahanamkan kepimpinannya.

Umumnya, ada antara kita yang sudah mengenal Gaddafi, mengikuti dengan penuh minat perkembangan kepimpinannya. Malah, ada juga yang kagum dengan keberaniannya, mengingatkan kita kepada Allahyarham   Saddam Husin di Iraq. Tidak hairan Amerika yang ditunjangi Yahudi mahu membunuh pemimpin yang demikian yang seringkali menjadi halangan besar buat melaksanakan misi & visi jahat mereka.

BARANG KALI ADA LEBIH BAIK JUGA KITA MENILAI SEMULA APA SAJA YANG GADDAFI LAKUKAN BUAT NEGARA DAN RAKYATNYA SENDIRI DAN MUDAH2AN INI DAPAT MEMBERIKAN GAMBARAN YANG JELAS SIAPA GADDAFI SEBENARNYA. 

Sememangnya keburukan demi keburukan ditonjolkan bagi menutup setiap kebaikan yang dilakukannya untuk rakyat Libya. Begitulah kejahatan yang dilakukan oleh proksi Dajjal ini. Perkara yang paling digeruni ialah hasratnya memaksa Barat membeli minyak dan berurusan perdagangan dengan matawang baru yang bakal diperkenalkannya iaitu Dinar Emas. Usahanya hampir berjaya dan diterima oleh sebahagian besar negara Afrika dan sebahagian dari negara Arab. Dinar emas akan menjadi nilai tukaran baru perdagangan menggantikan USD dan Euro. Dari saat inilah Barat terdesak untuk mempercepatkan usaha membunuh Gaddafi, namun usaha tersebut gagal. Proksinya yang sekian lama tidak sealiran dengan Gaddafi diangkat sebagai pejuang dan dibantu secara rahsia. Perancangan diatur untuk melakukan sabotaj dan menabur propaganda. Berita sebenar ditutup dari pengetahuan dunia.

Presiden Muammar Muhammad Al-Qaddafi, adalah satu nama yang sangat digeruni dan ditakuti Barat, termasuk Yahudi Zionis la'natullah. Keberanian Al-Qaddafi, terutama apabila berdepan dengan Barat sudah dikenali dunia. Kelantangan beliau sehingga mencampakkan Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu semasa berucap di hadapan pemimpin dunia di Perhimpunan Agong Bangsa-Bangsa Bersatu mencatat sejarah tersendiri, membuktikan kelantangan dan sikap tidak tolak ansur dan tiada kompromi beliau kepada Barat!

Malang sekali apabila ada rakyat Libya yang terpengaruh dengan dakyah Barat, mempertuhankan demokrasi dan hak kebebasan manusia tanpa batas acuan barat, memilih untuk menggulingkan pemerintah yang banyak berjasa kepada mereka!



Cuba lihat apa yang tidak kenanya dengan Kerajaan Libya dibawah pimpinan Mua'mar Al Qaddafi:

1. Setiap individu rakyat Libya menerima imbuhan daripada hasil minyak petrol Libya yang dimasukkan terus ke akaun Bank masing-masing. Tak payah nak tuntut royalti dah! Ini juga amalan Kerajaan Emirat Arab Bersatu yang memperuntukkan didalam Perlembagaan bahawa 40% daripada hasil minyak UAE adalah untuk rakyatnya!

2. Cukai pendapatan paling maksimum pun hanya 12%;
3. Bank di Libya tidak mengenakan sebarang faedah/ riba';
4.Qaddafi bersumpah bapa dan keluarganya tidak akan memiliki rumah selagi tiap rakyat Libya tidak mempunyai rumah. Bapa Qaddafi sudahpun meninggal dunia tanpa punya rumah, dan Qaddafi serta anak isterinya masih duduk didalam khemah;
5. Di Libya tidak ada rumah yang dipajak;
6. Mana-mana rakyat yang mahu bertani atau berladang akan diberikan tanah, haiwan ternakan dan benih percuma;
7. Tidak ada bil elektrik di Libya;
8. Pendidikan adalah percuma
9. Kemudahan perubatan adalah percuma;
10. Tiap pasangan pengantin baru mendapat peruntukkan one-off payment berjumlah 6,000-00 dinar daripada Kerajaan;
11. Harga gas terlalu murah pada nilai 12 cents per liter;
12. Pembelian kenderaan diberi pembiayaan kewangan tanpa faedah;
13. Sistem pengairan dan saliran yang hebat dibina untuk mengujudkan kawasan pertanian yang membebaskan Libya daripada pergantungan kepada sumber makanan luar;
14. Rakyat dan negara Libya menikmati mutu kehidupan yang tinggi berbanding dengan negara Afrika yang lain.
15 Kebanyakan skim kesihatan umum, pendidikan dan minyak dibawah subsidi kerajaan.
16. Libya mempunyai kadar kematian bayi yang paling rendah dan kadar hayat yang tinggi;
17. Kadar celik ilmu adalah 90% (sedangkan semasa rampasan kuasa oleh Qaddafi terhadap Raja Idris kadar celik-ilmu hanyalah 10%);
18. Kurang daripada 5% penduduk yang kelaparan/ tanpa rumah; satu jumlah yang jauh daripada Amerika Syarikat
19. Apabila berlaku kenaikan harga makanan, Qaddafi menghapuskan semua cukai atas makanan;

Sebenarnya, suka atau tidak, Qaddafi berjaya membawa rakyat dan negara Libya kepada tahap yang hebat tanpa bergantung dan menjadi hamba kepada tamaddun dan cengkaman Barat dan Yahudi zionis la'natullah. Sebenarnya apa yang dibawa oleh Qaddafi adalah ciri-ciri sebuah negara kebajikan yang berteraskan kepada Islam tanpa tunduk na'am kepada kafir harbi dan musuh-musuh Islam. Qaddafi boleh membuatkan Barat ketar lutut kepada kekuatan ekonomi negaranya!

Malahan Qaddafi mula menuntut Barat supaya membayar pembelian minyak dengan emas. Sudah tentu Amerika Syarikat, Barat dan Yahudi Zionis la'natullah tidak bersetuju kerana mereka tidak mempunyai simpanan emas yang mencukup untuk membayarnya. Malah matawang mereka kini hanyalah cetakan atas kertas sahaja.

Maka Amerika, Barat dan Yahudi la'natullah tidak ada pilihan melainkan menyingkir Qaddafi. Dan mereka berjaya memperkudakan segelintir rakyat Libya dan memperlengkapkan mereka dengan senjata dan dengan bantuan pesawat gempur Nato, memerangi Kerajaan mereka sendiri! Begitulah peranan yang dimainkan oleh kaum kafir harbi la'natullah, sentiasa tidak redho dengan umat Islam, dan sentiasa mencari-cari jalan untuk menghancurkan umat Islam. Dan mereka akan sentiasa mencari jalan memperkudakan segelintir umat Islam untuk melakukan khianat terhadap agama dan bangsanya sendiri.

Amat malang apabila ada umat Islam yang rela diperkudakan, malahan sanggup mati demi untuk kafir harbi! Na'zubillah min zalik....

Malaysia??? Apa yang ada??? fikirkanlah..

Wednesday 19 October 2011

KONSEP STADIUM + MASJID

19 Okt 2011



InsyaAllah, Kerajaan negeri akan memulakan projek pembinaan stadium baru di Bukit Merbau, Selising pada awal Mac tahun depan dengan konsep unik stadium bersama masjid. Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa berkata, jawatankuasa induk dalam projek pembinaan kompleks sukan dan stadium itu akan melantik pemaju terpilih pada akhir Disember ini.

gambar hiasan

”Pada awal Mac tahun depan, kerja-kerja awal akan dimulakan di tanah milik kerajaan negeri bagi mengelakkan kos pengambilalihan tanah. Sebahagian projek itu untuk kompleks sukan manakala sebahagian lagi untuk tujuan komersial bagi menampung kos pembinaan stadium baru ini. Kerajaan Negeri berhasrat menggunakan 49.2 hektar tanah di Bukit Merbau yang reka bentuknya hasil ilham Menteri Besar sendiri,” katanya ketika menjawab soalan Ahmad Baihaqi Atiqulah (Pas-Pasir Tumboh) yang mengemukakan soalan tarikh fasa pertama stadium baru dimulakan.

Katanya lagi, Konsep stadium bersama dengan masjid itu menjadi pilihan bagi penyatuan sukan dan agama supaya seiring. Mengenai dakwaan sesetengah pihak yang meragui kemampuan kerajaan negeri membina projek besar seperti stadium baru itu, beliau berkata, perkara itu bukan sesuatu yang mustahil.

Husam yang juga Naib Presiden Pas berkata, sejarah Stadium Sultan Muhammad IV juga dibina zaman pemerintahan Pas selepas pilihan raya 1964. “Ketika itu Pas boleh melaksanakannya dan tidak mustahil sekarang kita akan bina di atas tanah milik kerajaan negeri sendiri,” katanya.

Sebelum ini, Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz
 Nik Mat ketika mengumumkan pembinaan stadium tersebut berkata, cadangan kompleks sukan ini terbuka kepada mana-mana pemaju menghantarkan cadangan atas dasar BOT iaitu bina, operasi dan pindah. 

Sumber : media bebas



Tuesday 11 October 2011

TAHUKAH KITA APAKAH ITU HUDUD?





Hudud adalah sebahagian daripada undang-undang syariah di bawah bab Kanun Jenayah Syariah. Adapun undang-undang syariah itu terdapat di dalamnya banyak bentuk undang-undang, antaranya ialah jenayah, munakahat, iktisoddi, perlembagaan Islam ataupun Kanun Dusturi Islami dan bermacam-macam lagi undang-undang Islam yang lain.

Di bawah undang-undang jinayah ( atau lebih dikenali sebagai Kanun Jenayah Syariah) ini terbahagi pula kepada 4 jenis : iaitu hudud, qisos, diat dan takzir.

Makna HUDUD:

HUDUD bermakna batasan yang dibuat oleh ALLAH SWT dan ia tidak boleh dilanggar oleh sesiapa pun. Contohnya, kalau seseorang itu mengaku berzina, maka dia wajib dihukum sebagaimana yang telah ditetapkan oleh ALLAH SWT, iaitu wajib sebat dia 100 kali (bagi yang belum kahwin). Kalau dia mengaku mencuri pula, maka tak boleh penjarakan dia dan tak boleh dendakan dia, tapi wajib dipotong tangannya kerana ia adalah satu batasan yang telah dibuat oleh ALLAH SWT.

Hukuman HUDUD:

Hukuman Hudud adalah hukuman yang telah ditentukan dan ditetapkan ALLAH di dalam quran/hadith.Hukuman Hudud ini adalah hak ALLAH ,yang tidak boleh ditukar ganti hukumannya dan tidak boleh di ubah-suai dan dipinda. Hukuman Hudud tidak boleh dimaafkan oleh sesiapa pun.Mereka yang melanggar aturan-aturan hukum ALLAH, yang telah ditentukan dan ditetapkan ALLAH/rasulNya yang disebutkan di dalam Quran/hadith adalah termasuk dalam golongan orang-orang yang zalim. Sepertimana firman ALLAH SWT yang bermaksud:

"Dan sesiapa yg melanggar aturan hukum ALLAH, maka mereka itulah orang yg zalim" (Al Baqarah:229)

KESALAHAN YANG DIKENAKAN HUKUMAN HUDUD:

1. Berzina, iaitu melakukan persetubuhan tanpa nikah yang sah mengikut hukum syara`.
2. Menuduh orang berzina (qazaf), iaitu membuat tuduhan zina ke atas orang yang baik lagi suci atau menafikan keturunannya, dan tuduhan itu tidak dapat dibuktikan dengan 4 orang saksi.
3. Minum arak atau minuman yang memabukkan, samada sedikit atau banyak, mabuk atau tidak.
4. Mencuri, iaitu memindahkan secara bersembunyi harta alih dari jagaan atau milik tuannya tanpa persetujuan tuannya dengan niat untuk menghilangkan harta itu dari jagaan atau milik tuannya..
5. Murtad, iaitu orang yang keluar dari agama Islam, samada dengan perbuatan atau dengan perkataan, atau dengan iktikad kepercayaan.
6. Merompak (hirabah); iaitu keluar seorang atau sekumpulan yang bertujuan untuk mengambil harta atau membunuh atau menakutkan dengan cara kekerasan.
7. Pendurhakaan (bughat) ;iaitu segolongan umat Islam yang melawan atau mendurhaka kepada Ulil Amri yang menjalankan syariat Islam dan hukum-hukum ALLAH.

QISAS:

Hukuman qisas ialah kesalahan yang dikenakan hukuman balas.Membunuh dibalas dengan bunuh (nyawa dibalas dengan nyawa), melukakan dibalas dengan melukakan, mencederakan dibalas dengan mencederakan.

PERBANDINGAN QISAS DAN HUDUD:

Persamaan diantara qisas dengan hudud ni ialah hukumannya telah ditetapkan ; seperti kadar dan bentuknya, yang telah ditentukan oleh ALLAH SWT di dalam al-Quran. Manakala perbezaan diantara qisas dengan hudud pula ialah hukuman qisas ini hendaklah dituntut oleh mangsa ataupun keluarga mangsa Tapi kalau tidak dituntut oleh mangsa atau keluarga mangsa ,maka tidak boleh dikenakan hukuman qisas. Jadi, berbezalah diantara qisas dengan hudud ,dimana hudud ini, walaupun tidak dituntut oleh mangsa atau keluarga mangsa tetapi ianya tetap wajib dilaksanakan.

KESALAHAN & HUKUMAN QISAS:

Kesalahan-kesalahan yang wajib dikenakan hukuman qisas ialah :

a) Membunuh orang lain dengan sengaja.
Hukuman membunuh orang lain dengan sengaja wajib dikenakan hukuman qisas
ke atas si pembunuh dengan dibalas bunuh.Sepertimana firman ALLAH SWT yang
bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman ,diwajibkan kamu menjalankan hukuman qisas
(balasan yang seimbang)dalam perkara orang-orang yang mati dibunuh"(Al Baqarah : 178)

b) Menghilangkan atau mencederakan salah satu anggota badan orang lain dgn sengaja.
Hukuman menghilangkan atau mencederakan salah satu anggota badan orang lain atau melukakannya, wajib dibalas dengan hukuman qisas mengikut kadar kecederaan atau luka seseorang itu, juga mengikut jenis anggota yang dicederakan dan yang dilukakan tadi.Sepertimana firman ALLAH SWT yang membawa maksud: "Dan telah Kami wajibkan ke atas mereka (orang-orang Yahudi) yang disebutkan dalam Kitab Taurat, bahwasanya nyawa dibalas dengan nyawa, dan mata dibalas dengan mata, dan hidung dibalas dengan hidung, dan telinga dibalas dengan telinga, dan gigi dibalas dengan gigi, dan kecederaan juga hendaklah dibalas seimbang. Tapi bila sesiapa mengampuninya,maka itu adalah penebus dosa baginya. Dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh ALLAH,maka mereka itulah orang-orang yang zalim" (Suratul Ma`idah : 45)

DIYAT :

Hukuman Diyat bermakna pampasan atau pun ganti rugi. Diyat ialah harta yang wajib dibayar dan diberikan oleh penjenayah kepada wali/waris mangsanya sebagai ganti rugi disebabkan jenayah yang dilakukan oleh penjenayah keatas mangsanya.

Hukuman diyat adalah hukuman kesalahan-kesalahan yang sehubungan dengan kesalahan  qisas. Hukuman diyat ialah hukuman yang telah ditentukan dan ditetapkan ALLAH dan rasulNya di dalam al-Quran/hadith sebagai ganti rugi diatas kesalahan-kesalahan yang melibatkan kecederaan anggota badan, atau melukakannya.

Kesalahan yang dikenakan hukuman diyat:

i) Pembunuhan yang serupa dengan sengaja: Serupa dengan sengaja bermakna perbuatan tadi sengaja walaupun tidak ada niat untuk membunuh atau mencederakan.
ii) Pembunuhan yang tersalah (tidak sengaja) - yakni yang memang tidak sengaja.
iii) Pembunuhan yang sengaja yang dimaafkan oleh wali atau ahli waris orang yang dibunuh; sepertimana firman ALLAH TA`ALA dalam Suratul Baqarah ayat 178 yang bermaksud,:

"Sesiapa yang dapat memperolehi sebahagian keampunan daripada saudaranya (waris kepada mangsa yang dibunuh), maka hendaklah diikuti dengan cara yang baik (iaitu menuntut ganti rugi dengan tidak melampaui batas).Dan tunaikanlah bayaran diyat itu dengan ihsan. Yang demikian itu adalah suatu keringanan/kemudahan yang diberikan oleh ALLAH SWT. Serta satu rahmat daripada Tuhan kamu ( makna rahmat adalah kasihan belas daripada ALLAH SWT kepada sekelian hambaNya). Sesiapa yang melampaui batas selepas daripada itu, maka baginya azab yang pedih."

Hukuman TAKZIR:

Hukuman takzir ialah kesalahan-kesalahan yang hukumannya merupakan dera, iaitu penjenayah-penjenayah tadi tidak dijatuhkan hukuman hudud atau qisas.

Hukuman takzir dalam Kanun Jenayah Syariah adalah hukuman yang tidak ditentukan dan ditetapkan ALLAH kadar atau bentuk hukuman itu di dalam Quran/hadith. Ia terserah kepada kebijaksanaan Ulil Amri. Tetapi para ulama berpendapat bahwa takzir tidak boleh menyamai sekurang-kurang hudud.

HIMPUNAN ANAK-ANAK KELANTAN DI PERANTAUAN STADIUM MBPJ KELANA JAYA SELANGOR





IJTIMAK PAS KELANTAN DI PANTAI GETING TUMPAT


 
KAUNTER PENDAFTARAN PAS KAWASAN PASIR PUTEH