Wednesday, 19 October 2011

KONSEP STADIUM + MASJID

19 Okt 2011



InsyaAllah, Kerajaan negeri akan memulakan projek pembinaan stadium baru di Bukit Merbau, Selising pada awal Mac tahun depan dengan konsep unik stadium bersama masjid. Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa berkata, jawatankuasa induk dalam projek pembinaan kompleks sukan dan stadium itu akan melantik pemaju terpilih pada akhir Disember ini.

gambar hiasan

”Pada awal Mac tahun depan, kerja-kerja awal akan dimulakan di tanah milik kerajaan negeri bagi mengelakkan kos pengambilalihan tanah. Sebahagian projek itu untuk kompleks sukan manakala sebahagian lagi untuk tujuan komersial bagi menampung kos pembinaan stadium baru ini. Kerajaan Negeri berhasrat menggunakan 49.2 hektar tanah di Bukit Merbau yang reka bentuknya hasil ilham Menteri Besar sendiri,” katanya ketika menjawab soalan Ahmad Baihaqi Atiqulah (Pas-Pasir Tumboh) yang mengemukakan soalan tarikh fasa pertama stadium baru dimulakan.

Katanya lagi, Konsep stadium bersama dengan masjid itu menjadi pilihan bagi penyatuan sukan dan agama supaya seiring. Mengenai dakwaan sesetengah pihak yang meragui kemampuan kerajaan negeri membina projek besar seperti stadium baru itu, beliau berkata, perkara itu bukan sesuatu yang mustahil.

Husam yang juga Naib Presiden Pas berkata, sejarah Stadium Sultan Muhammad IV juga dibina zaman pemerintahan Pas selepas pilihan raya 1964. “Ketika itu Pas boleh melaksanakannya dan tidak mustahil sekarang kita akan bina di atas tanah milik kerajaan negeri sendiri,” katanya.

Sebelum ini, Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz
 Nik Mat ketika mengumumkan pembinaan stadium tersebut berkata, cadangan kompleks sukan ini terbuka kepada mana-mana pemaju menghantarkan cadangan atas dasar BOT iaitu bina, operasi dan pindah. 

Sumber : media bebas



No comments:

Post a Comment